Aurat Wanita
"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar,tapilelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yangbertitlePhD dalam bidang ekonomi kepada saya."
Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.
"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi"Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.
"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.
"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot,ustaz" katanya.
"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dantumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.
"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.
"Jika demikian, mengapa Dr. boleh timbul rasa sangsi tentang keadilandan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.
"Hmmm, ye tak ye jugakustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.
Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudahcukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.
Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu"meletakkan sesuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai."EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibukepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.
Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinyakerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dancergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya diatas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.
Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dandibenarkan.
Firman Allah SWT : يَسْأَلُونَكَ مَاذَاأُحِلَّلَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ
Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagimereka?"" Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)
Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka(tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia.
Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW:
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaarwajib,maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapakeharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkanbeberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telahmendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamudan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu denganmencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni :Sohih,An-Nawawi : Hasan )
Perempuan Lebih Sukar?
Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datangseorang peserta wanita lalu berkata :
"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikit benor auratnya". Tegasnya.
"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar"jawap saya menarikminatnya.
"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas. Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.
"Benar, InshaAllah.." Kata saya.Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut:
إن لك من الأجر على قدر نصبكونفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepadakadarkeletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)
Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yangdilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :
إنما أجرك في عمرتك على قدرنفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"
Imam An-Nawawi pula berkata :-
الحديث أن الثواب والفضل في العبادةيكثر بكثرة النصب والنفقة
Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadahakan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"
Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan dibulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yangjauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian jugayan ditegaskan oleh ImamIzzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)
Wanita dan Wangian Di Tempat Kerja
Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluarbekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume'sewaktu keluar dari rumahnya.
" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya. Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidikit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidubaunya. Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :
أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدواريحها فهي زانية , وكل عينرأت زانية
Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani :HasanSohih)
Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?
"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita. Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan segala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut.
Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayatberjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.
Nabi SAW pernah bersabda :
ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلاهتكت الستر بينها وبين ربها
Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) diantaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)
Komen Pedas
Mungkin ada wanita yang akan berkata :
"Apa le ustaz ni, orang sedang cerita benda besar iaitu bab sumbanganwanita, tiba-tiba dia sibuk ulas benda-benda kecil tentang aurat pula, tak berkembang pemikiran langsung"
Saya kira, kata-kata begini perkara biasa bagi orang yang telah tersemat dunia dalam hatinya, sama macam orang yang sudah berjaya di dunia perniagaan, tiba-tiba diingatkan tentang halal haram. Pastinya melenting dan memarahi orang yang mengingat sambil dicop 'ketinggalan' zaman, otak kuno dan lain-lain.
Pandangan rendah kerap diletakkan kepada isu-isu keagamaan, ia juga dipandang sebagai isu remeh temeh menurut akal manusia yang rosak. Aqal akan mengikut jalan yang betul bila bertepatan dengan kehendak Allah SWT.
Pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi merekayang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut : -
أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَاتُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَاقَالَأَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )

إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلاتسألوا عنها

Comments (0)
Post a Comment