Perkara Yang Merosak Hubungan Persaudaraan
Assalamualaikum…
Islam melarang dengan tegas setiap individu memperlakukan segala bentuk akhlak yang tidak baik terhadap individu yang lain, di mana natijahnya akan menyumbang kepada keretakan hubungan sesama Islam dan akan menyebabkan perpecahan di antara umat Islam. Antara perlakuan yang mesti dihindari:
1. Hasad dengki: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melarang umatnya daripada segala sifat keji, di mana salah satunya ialah sifat hasad dengki.
Hakikat hasad dengki itu ialah rasa kurang senang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain, lalu mengharap-harapkan agar nikmat itu terhapus daripadanya.
Larangan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam itu jelas sebagaimana sabda Baginda yang maksudnya : “Janganlah kamu saling benci membenci, dan janganlah kamu saling berdengki-dengkian, dan janganlah kamu saling bermusuh-musuhan. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hukum berdengki-dengkian itu adalah haram menurut ijma‘ (kesepakatan) umat Islam, kecuali hasad dengki terhadap nikmat-nikmat yang diperolehi oleh seorang yang derhaka kepada perintah-perintah Allah seperti orang fasiq dan kafir, lalu dijadikan nikmat itu untuk melakukan maksiat dan larangan Allah Ta‘ala. Maka dalam hal ini tidaklah dilarang bila seseorang itu mengharap-harapkan agar nikmat itu hilang daripadanya. Dengan tujuan supaya segala kemungkaran yang dilakukan akan terhenti dan tidak lagi berlarutan.
Menaruh perasaan dengki terhadap nikmat dan kesenangan yang dikecapi oleh seseorang, lalu dengan sebab itu menimbulkan kebencian terhadap orang itu, samalah seperti tidak menyukai dan tidak redha terhadap qadha’ Allah Ta‘ala dan ketentuanNya dalam melebihkan setengah hambaNya ke atas setengah yang lain. Sikap seperti ini tidak syak lagi tentulah mendatangkan dosa.
Kesannya terhadap hubungan sesama Islam pula, tidak syak lagi akan melemahkan dan merenggangkan ikatan persaudaraan tersebut, kerana tidak lagi wujud dalam perasaan dirinya rasa kasih sayang terhadap saudara Islamnya, malahan membencinya.
Akan tetapi tidaklah menjadi kesalahan jika sekiranya seseorang itu mengharapkan supaya memperolehi sesuatu nikmat yang serupa dengan apa yang dikecapi oleh orang lain, selama mana dia tidak mengharapkan atau bercita-cita agar nikmat itu lenyap daripada orang lain, dan dia juga tidak membenci kalau orang itu terus mengecapi nikmat itu. Hasad dengki jenis ini dikatakan sebagai al-ghibthah.
Dengki dalam erti kata al-ghibthah, jika sekiranya dalam perkara ketaatan atau kebaikan, maka ianya adalah sesuatu yang dipandang baik dari segi syara‘. Umpamanya, seseorang melihat saudaranya yang lain mempunyai harta dan membelanjakannya pada jalan yang hak, seperti bersedekah, menderma kepada anak-anak yatim atau sebagainya. Lalu dia bercita-cita untuk melakukan perkara yang serupa jika berkemampuan, maka dengki (al-ghibthah) dalam perkara seperti ini adalah sesuatu yang dipandang baik dari segi syara‘.
Jika sekiranya al-ghibthah itu pula dalam perkara yang mendatangkan dosa, maka ianya adalah dikeji. Umpamanya, seseorang melihat saudaranya yang lain mempunyai harta dan membelanjakannya pada jalan yang haram, lalu dia bercita-cita untuk melakukan perkara yang serupa jika berkemampuan, maka dengki (al-ghibthah) dalam perkara seperti ini adalah dikeji dari segi syara’.
Jika sekiranya al-ghibthah itu dalam perkara yang diharuskan, maka ianya adalah harus. Sehubungan dengan ini Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : “Tidak (dibenarkan) hasad dengki melainkan pada dua perkara, (iaitu): Seorang yang dikurniakan oleh Allah harta yang banyak, lalu dia menaburkan harta itu pada perkara-perkara yang benar, dan seorang yang diberikan oleh Allah ilmu, lalu dia mengamalkan ilmu itu serta mengajarkannya (kepada orang lain).” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Al-Imam An-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala menjelaskan bahawa maksud hadits di atas ialah, tiada dengki (al-ghibthah) yang terpuji melainkan dua perkara yang telah disebutkan di dalam hadits di atas dan perkara-perkara yang seumpama keduanya.
2. Menganiaya dan membiarkan saudara Islamnya dianiaya:
Perbuatan menzalimi atau menganiaya orang lain hukumnya adalah haram, apalagi jika yang dianiaya itu saudara Islamnya sendiri. Ini jelas sebagaimana diperuntukkan di dalam hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, sabda Baginda yang maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim (yang lain). Tidak boleh menganiaya dan membiarkannya dianiaya.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Menurut Al-Imam Ibnu Hajr Al-‘Asqalaani ketika beliau menjelaskan keterangan maksud hadits di atas, bahawa seorang muslim yang berlaku zalim atau membuat aniaya kepada seorang muslim yang lain hukumnya adalah haram. Dan tidak sepatutnya dia membiarkannya disakiti oleh orang lain atau membiarkannya dalam keadaan yang boleh menyakitinya. Bahkan hendaklah dia menolongnya dan mempertahankannya.
3. Tidak menegur sapa:
Seorang muslim yang tidak mahu menegur sapa dan memutuskan hubungan dengan saudaranya muslim yang lain lebih daripada tiga hari hukumnya adalah haram tanpa ada alasan atau keuzuran yang dibenarkan syara‘. Ini jelas sebagaimana diperuntukkan di dalam hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, yang diriwayatkan daripada Abu Ayyub Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya : “Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam. ” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Jika sekiranya terdapat sesuatu alasan atau keuzuran yang dibenarkan syara‘ yang mendorongnya tidak menegur sapa, maka tidaklah menjadi apa-apa. Umpamanya, saudaranya itu telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syara‘, maka harus dia tidak menegur sapa saudaranya itu sehinggalah dia bertaubat daripada perbuatannya itu. Hal ini adalah berdasarkan sebuah riwayat di mana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak menegur sapa Ka‘ab bin Malik selama lima puluh malam disebabkan dia tidak ikut serta dalam peperangan Tabuk tanpa ada keuzuran, sehinggalah Allah menerima taubatnya barulah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menegurnya kembali.
Menurut Al-Imam Ibnu Hajr Al-‘Asqalaani, bahawa dalam konteks menegur sapa untuk mengembalikan hubungan yang terputus, terdapat dua taraf kedudukan:
1) Taraf yang lebih tinggi (yang maksima): Iaitu menghindarkan daripada tidak bertegur sapa secara total dengan cara memberi salam, berbual-bual atau bercakap-cakap dan mengeratkan persahabatan melalui berbagai cara yang dapat dilakukan.
2) Taraf yang lebih rendah (yang minima): Iaitu menegur sapa dengan hanya memberi salam tanpa mengambil sebarang inisiatif yang lain untuk merapatkan kembali hubungan yang terputus.
Oleh itu, ancaman yang berat (berdosa) bagi sesiapa yang tidak berusaha untuk mengembalikan hubungan yang terputus dengan mengambil tindakan yang minima iaitu memberi salam.
Adapun orang yang tidak berusaha untuk mengembalikan hubungan yang terputus dengan mengambil tindakan yang maksima, jika pertelingkahan itu tidak membabitkan hubungan kaum kerabat (yang tidak mempunyai pertalian darah), maka tidaklah mendatangkan dosa. Sebaliknya, jika pertelingkahan itu membabitkan hubungan kaum kerabat (yang mempunyai pertalian darah), maka yang demikian itu dikira sebagai memutuskan pertalian kekeluargaan.
Hukum memutuskan tali kekelurgaan itu adalah termasuk di antara perkara yang mendatangkan dosa besar. Firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya : “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan –jika kamu dapat memegang kuasa- kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah, serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad, ayat 22-23)

Comments (0)
Post a Comment